Bengkel Literasi Maklumat – Paybill Sarawak
3 November 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 2 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Engkilili dengan kerjasama Perpustakaan Awam Majlis Daerah Lubok Antu Cawangan Engkilili telah mengadakan Bengkel Literasi Maklumat. Seramai 10 orang dewasa terdiri daripada 8 orang suri rumah dan 2 orang ketua keluarga telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel Literasi Maklumat kali ini mengajar para peserta tentang aplikasi yang telah diwujudkan oleh Negeri Sarawak iaitu Paybill Sarawak. Aplikasi Paybill Sarawak diwujudkan bagi memudahkan rakyat di Sarawak membayar bill secara online. Dalam bengkel ini, peserta telah diajar mendaftar akaun Paybill Sarawak oleh Penolong Pengurus PI Engkilili. Sebelum itu, peserta turut diajar membuat akaun Gmail bagi memudahkan pendaftaran ke akaun Paybill Sarawak. Pihak PI Engkilili juga turut memberi ceramah Advokasi kepada peserta.
Bengkel ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: